Tiga kempen panggil-semula dari Tesla dalam tempoh seminggu

oleh HEZERI SAMSURI|
Mungkin ini ialah satu perkara aneh untuk kerajaan Malaysia tetapi di Amerika Syarikat, pengguna memang dilindungi dengan perundangan kepengggunaan yang ketat.

Tesla, sebuah syarikat kenderaan dari negara itu sendiri telah membuat tiga kempen panggil semula (recall) dalam masa seminggu kerana semua syarikat kenderaan wajib melakukannya secara umum jika ada isu dengan keselamatan kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut NHTSA (Pengurusan Trafik dan Keselamatan Lebuhraya Nasional), sebuah badan yang bertanggung-jawab ke atas semua isu-isu keselamatan jalanraya dan kenderaan, Tesla terpaksa melakukan kempen panggil semula atas tiga isu keselamatan:

1. Rabu lalu, Tesla memanggil semula sebanyak 5,974 unit Tesla Model 3 tahun 2019-2021 dan Model Y tahun 2020-2021 kerana ada kemungkinan skru untuk kaliper brek longgar dan boleh menyebabkan kehilangan tekanan udara dalam tayar.

2. Semalam, Tesla memanggil semula sebanyak 5,530 unit kenderaan termasuk Model 3 tahun 2018-2020 dan Model Y tahun 2019-2021 kerana pengikat talipinggang keledar hadapan pada bahagian bahu mungkin tidak diikat dengan kemas.

3. Sebanyak 2,166 Model Y dari tahun 2019-2021 dipanggil semalam juga kerana unit "retractor" untuk talipinggang keledar barisan kedua (kiri dan kanan) tidak diikat kuat.

Tesla bagaimanapun melaporkan kepada NHTSA bahawa tidak ada sebarang kemalangan atau kecederaan akibat kesemua panggil-semula tersebut.

Ia akan memeriksa semua kenderaan terbabit dan sebarang kos penggantian akan ditanggung olehnya.

 

 

Tesla sedar akan masalah talipinggang keledar itu selepas melakukan audit kualiti dan pemasangan di mana ia menyedari bahawa pekerja-pekerja mengalami masalah untuk mengetatkan skru pada komponen-komponen tersebut.

Untuk masalah skru pengikat kaliper brek pula, Tesla mendapati sebuah model Y tahun 2021 kehilangan satu pengikat kaliper di roda belakang sebelah pemandu.

Di Malaysia, syarikat automotif tidak wajib untuk mengumumkan sebarang masalah pada produk mereka kepada pengguna. 

Jika ada pengumuman, ia lebih kepada tanggung-jawab sosial syarikat itu sendiri di Malaysia.



 

 

Kebanyakan kes panggil semula di dalam negara ini dilakukan secara senyap, di mana pemilik kenderaan akan dihubungi melalui surat atau panggilan telefon. 

Masalah di sini ialah sekiranya kenderaan telah dijual, syarikat kenderaan perlu membeli rekod pemilikan kenderaan itu dari JPJ dan menghubunginya.

Masalah lebih besar ialah sekiranya ia tidak menghubungi pemilik kenderaan tersebut pun, tidak ada sebarang undang-undang khusus di Malaysia yang boleh digunakan untuk mendakwa kecuaian itu. 

Syarikat kenderaan import recond juga perlu diberikan tanggung-jawab untuk menyelesaikan isu-isu panggil-semula kerana kebanyakan mereka ini membawa masuk sebarang kenderaan tanpa memberitahu wakil-wakil rasmi jenama-jenama tersebut.

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Sayangnya Cybertruck masih belum bersedia untuk dijual di luar US, tetapi ada banyak lagi teknologi…
Informasi
Trak serba unik itu akan berada di Malaysia untuk beberapa bulan dan peminat di Malaysia dijemput…
Informasi
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah…