Tiga Ford Ranger Raptor dilarikan dari bilik pameran di Kajang!

oleh Mohamad Hanif|
Tiga buah Ford Ranger Raptor telah berjaya dilarikan sekumpulan lima orang saspek dalam satu cubaan rompakan bersenjata pagi semalam di Kajang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelima-lima orang saspek tersebut dikatakan memecah masuk ke dalam premis pada jam 4 pagi sebelum membawa lari tiga unit trak pikap tersebut. 

Menurut Ketua Polis Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, saksi yang merupakan seorang penjaga keselamatan Pakistan berusia 47 tahun mendakwa saspek memecah masuk menggunakan parang. 

Penjaga keselamatan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana diikat oleh saspek ketika kejadian tersebut.

Kerugian dianggarkan bernilai sehingga RM600,000 dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata. 

Menurut ACP Ahmad Dzaffir lagi, pihak polis kini memburu saspek dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi Inspektor Hafizah Abdul Latiff di talian 016-606 0955.

Sumber: The Sun 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Domestik
Semenjak diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada tahun 2022, Generasi baharu Ranger dan Ranger…
Berita Global
Namun begitu, terdapat perancangan untuk menghasilkan variasi trak pikap talaan Ralliart, termasuk…