Tiga bekas pekerja saman Tesla atas isu perkauman

oleh HEZERI SAMSURI|
Tiga bekas pekerja Tesla telah memfailkan sut saman kepada Tesla kerana mereka dikatakan sentiasa menjadi mangsa diskriminasi perkauman ketika bekerja di kilang kenderaan elektrik tersebut.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketiga-tiga bekas pekerja itu ialah dari kaum African American dan menurut mereka, kes diskriminasi perkauman itu telah dilaporkan acapkai kepada agensi pekerjaan dan juga penyelia-penyelia Tesla tetapi menurut salah seorang dari mereka, Demetric Diaz, laporan beliau itu mungkin menjaid sebab beliau diberhentikan.

Jurucakap Tesla bagaimanapun berkata mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai isu perkauman dan pekerja-pekerja itu tidak diambil oleh Tesla tetapi oleh agensi pekerjaan.

Ini bukan kes pertama Tesla menerima aduan mengenai perkauman. Dan bulan ini Tesla telah membuang ratusan pekerja kerana prestasi yang kurang cemerlang.

Mungkin kita perlu melihat dengan lebih rapat lagi akan syarikat EV high-tech nombor satu dunia ini.

 

kilang N

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
Tesla telah memilih Kuantan, Pahang sebagai salah satu lokasi pengecasan EV pertamanya di Pantai…
Berita Domestik
Tesla bekerjasama dengan Gamuda Land untuk membangunkan kawasan perlindungan alam semula jadi,…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…