Tiga anak muda raih wang tunai RM40 ribu dalam Toyota GR Velocity Esports Championship!

oleh Mohamad Hanif|
Kejuaraan Toyota GR Velocity Championship yang berlangsung pada hujung minggu lalu menyaksikan tiga anak muda, Taj Izrin Aiman Taj Madira, Mior Muhammad Hafiz dan Muhammad Iqbal Ahmad Suji berjaya meraih wang tunai bernilai hampir RM40,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara yang berlangsung selama dua hari di ibu pejabat UMW Toyota Motor Sdn Bhd Shah Alam itu turut berjaya mencatatkan satu juta tontonan online sepanjang hujung minggu lalu.

Taj Izrin Aiman berjaya menguasai Race 1 dengan menggunakan jentera GR Supra RZ di litar Autodrome Lago Maggiore, Itali, sementara kedudukan teratas Race 2 pula disandang oleh Moo Shuan Jinq dengan jentera FT-1 Vision Gran Turismo.

 


Manakala Race 3 pula menyaksikan Muhammad Iqbal berjaya meraih tempat pertama di Circuit de la Sarthe menggunakan kereta lumba Le Mans TS050 Hybrid mendahului Mior Muhammad dan Ariff Roslan.

Perlumbaan keempat dan kelima yang merangkumi 18 pusingan di litar Spa-Francorchamps menyaksikan Taj Izrin berjaya mendahului perlumbaan di hadapan Arif Roslan dan Rio Pandukusuma - masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Menurut Taj Izrin Aiman, 22 tahun berkata, "perlumbaan maya merupakan satu disiplin yang ternyata berbeza, ia memerlukan banyak latihan. Kami (bersama Mior Muhammad dan Muhammad Iqbal) banyak berlatih setiap hari selama tiga-empat jam di hadapan simulator untuk bertarung sesama sendiri.

 


Untuk Mior Muhammad, ini merupakan penyertaan kali ketiga di dalam Toyota GR Esports Championship di mana beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada tahun 2018 dan tempat keempat pada tahun lalu.

Sementara itu, terdapat juga acara perlumbaan simulasi melibatkan para peserta Toyota Vios Challenge, dimana Shawn Lee berjaya membuktikan beliau bukan sahaja pakar di litar sebenar, malah tidak mampu dikalahkan di dalam litar maya.

Perlumbaan 17 pusingan di litar Fuji International Speedway itu menyaksikan beliau mendahului Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia Akio Takeyama dan selebriti Daddy Hood, diikuti oleh Wany Hasrita, Soloz dan Khai Bahar.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pasukan yang dipimpin oleh pelumba negara, Alex Yoong itu telah dipilih sebagai salah satu daripada…
Berita Domestik
  UMW Toyota Motor (UMWT) menjadi syarikat automotif pertama yang menyokong perkembangan aktiviti…