Tidak 'takut' dengan undang-undang negara - warga asing selamba seleweng diesel!

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah premis pemborong minyak diesel Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah diserbu pada Jumaat.
Sembilan individu termasuk enam warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan diesel membabitkan rampasan keseluruhan lebih RM1 juta.


Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 50-an ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam serbuan di sebuah premis pemborong minyak diesel Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah pada Jumaat.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut pasukan polis mendapati, kesemua suspek termasuk tiga lelaki tempatan dan enam warganegara Thailand sedang mengisi minyak diesel di premis berkenaan.

"Pejabat KPDN Kedah telah menerima serahan kes daripada PDRM pada Jumaat sekitar jam 1 petang berkenaan penyelewengan minyak diesel dalam Ops Tiris.

"Dalam serbuan itu, PDRM bertindak menyita minyak diesel dalam anggaran 135,760 liter dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM291,884," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mengikut kenyataan sama, tujuh buah lori termasuk sebuah yang bernombor pendaftaran tempatan dan enam lagi dari Thailand turut disita.

"Antara barang-barang lain yang disita kerana disyaki digunakan untuk penyelewengan minyak diesel adalah 10 unit skid tank, tiga unit mesin pump minyak, lapan unit nozzle pump, dua unit tangki silinder dan wang tunai mata wang Bath sebanyak THB192,902.

"Antara lain termasuk tujuh unit kunci kenderaan, dua unit alat kawalan jauh pintu pagar, satu unit lesen PDA dan satu unit lesen borong di mana anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM1,057,000," katanya.

Kesemua suspek telah ditahan bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dibaca bersama Peraturan 9 (2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Jika sabit kesalahan bawah akta ini boleh dikenakan penalti iaitu bagi mana-mana orang perseorangan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan yang kedua denda tidak melebihi RM5 juta.

"KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang kawalan ini.

"Tindakan tegas akan diambil termasuklah pendakwaan di mahkamah mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613).

"Jika sabit kesalahan bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan tidak lebih 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu atau RM5 juta yang mana lebih tinggi," jelasnya.

 

 

- Sekiranya undang-undang negara dan penguatkuasa lebih tegas seperti Singapura, pasti tiada lagi kedengaran kes-kes seperti ini -

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, dalam tempoh sama, nilai rampasan yang melibatkan lain-lain peralatan, kenderaan dan…
Berita Domestik
“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,…
Berita Domestik
Beliau berkata, modus operandi digunakan adalah membuat pembelian berulang dalam jumlah had 20…