TIDAK RASMI: Honda Civic Type R 2023 spesifikasi Jepun mampu hambur 326 hp, 420 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pelancaran model generasi baharu Civic Type R FL5 tempoh hari, Honda sengaja tidak mendedahkan beberapa fakta penting seperti angka kuasa kuda serta prestasi pecutan bagi hot hatch tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hanya sekadar menyebut Civic Type R baharu ini didatangkan dengan peningkatan kuasa berbanding model terdahulu.
 

Adakah angka ini benar? Sumber: Tire Meets Road


Namun, berdasarkan satu dokumen yang dikongsikan oleh Tire Meet Road, Honda Civic Type R 2023 dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 326 hp dan 420 Nm.

Ia juga turut dikongsikan oleh seorang pelanggan dari Jepun, Azuso Ito yang telah membuat tempahan di mana beliau turut mendapat produk informasi model tersebut.
 

Type R


Brosur itu mendedahkan Civic Type R mampu menjana kuasa sekitar 326 hp @ 6,500 rpm sementara daya kilas 420 Nm pula masuk penuh antara julat putaran enjin 2,600-4,000 rpm.

Sebagai perbandingan, Civic Type R FK8 yang menggunakan enjin K20C yang sama berupaya menghasilkan 316 hp dan 400 Nm. Jadi angka terbaharu itu dilihat jauh lebih berkuasa berbanding model FK8, dan secara tidak langsung memberikan kesan kepada tempoh pecutan 0-100 km/j yang lebih pantas.
 

Civic Type R


Ketika pengenalan tempoh hari, Honda ada menyebut Civic Type R FL5 ini jauh lebih berkuasa berbanding model sedia ada, dengan casis yang ringan dan lebih tegar, serta prestasi pemanduan yang dipertingkatkan terima kasih kepada sistem stereng dan suspensi yang ditala semula.

Lebih banyak info bakal diketahui menjelang tarikh penjualan rasmi Civic Type R 2023 yang dijadualkan pada musim luruh tahun ini.

Baca: Honda Civic Type R 2023

Sumber: Tire Meets Road

Berita Berkenaan

Berita Global
Menariknya, biarpun Honda Civic Type R mempunyai tetapan casis dan suspensi yang lebih sporti…
Berita Global
Ketepikan mitos itu sebab penulis sendiri tidak mempunyai sebuah Honda dan telah pun melangsungkan…
Berita Global
Honda Civic Type R 2023 (FL5) dikatakan berjaya mencatatkan rekod terpantas di Nurburgring…