Tidak ramai pemilik tahu ciri tersembunyi pada BMW 3 Series Touring ini!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk sesetengah pasaran seperti Eropah, masih terdapat pengeluar yang menghasilkan produk station wagon/wagon/estate/touring oleh kerana wujudnya permintaan terhadap model tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Termasuklah BMW di mana mereka kini mempunyai dua produk kenderaan keluarga rekaan dua kotak (two-box) iaitu 3 Series Touring dan 5 Series Touring. 

Namun, tidak ramai para pemilik BMW yang mengetahui ciri tersembunyi  yang sangat cool terdapat pada kedua-dua model wagon ini - tingkap tailgate yang boleh dibuka berasingan!

 


Menurut laporan Autocar yang menemuramah pengurus produk Stefan Horn, beliau mengakui tidak ramai pemilik 3 Series Touring dan 5 Series Touring tahu ciri yang didatangkan pada tailgate itu, tanpa perlu membuka habis bagi meletakkan barangan di bahagian belakang. 

Beliau turut menggesa media di sana supaya mewar-warkan ciri yang ada itu, atau ia tidak akan didatangkan pada model pengganti akan datang. 

"Kami sedaya upaya cuba mengekalkan ciri ini, akan tetapi kami mahu para pelanggan kami tahu akan hal ini, atau ia akan lesap ditelan masa," ujar Horn lagi. 
 


Aneh juga apabila para pelanggan sendiri tidak tahu ciri yang dilengkapkan pada kedua-dua model wagon ini. 

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Pintu belakang trak pikap (tailgate) ialah lebih kepada sekeping besi untuk menutup ruang kargo (…
Berita Domestik
Bermula dari 1 Julai 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memulakan proses liberalisasi untuk…
Berita Domestik
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini telah memperkenalkan Hyundai Tucson dengan enjin turbo 1.6…