Tidak puas pandu uji? VW tawar 2 hari untuk pandu uji e-Golf di UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tahukah anda jualan Volkswagen di pasaran tempatan setakat Mei 2019 mengatasi jualan Kia dan Hyundai? VW mencatat jualan sebanyak 1,714 unit manakala Kia 1,640 dan Hyundai 768 unit.

Ini suatu angka bagus yang menunjukkan jenama massa Eropah tetap mempunyai peminat tersendiri.

Satu lagi perkara menarik tentang VW ialah gaya pemasaran dengan penyampaian tersendiri, idea yang segar dan membezakannya dengan pengeluar lain. VW di pasaran tempatan juga begitu, tidak mengalah dan sentiasa berusaha dalam menangani cabaran yang ada.

Terbaru di VW United Kingdom menawarkan satu kempen pemasaran yang kelihatan sangat berbaloi untuk pengguna. Pandu uji selama 48 jam atau dua hari untuk model elektrik e-Golf.  
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
VW e-Golf

 

Pandu uji konvensional di negara kita ialah satu pusingan yang hanya memakan masa beberapa minit sahaja sedangkan pembelian melibatkan jumlah pelaburan besar dan tempoh lama.

Program pandu uji 48 jam ini adalah satu daripada inisiatif VW dalam menggalakkan pengguna untuk merasai pengalaman produk elektriknya iaitu e-Golf dan ID.3 yang akan mula dijual tahun depan.

Satu lagi sebab kenapa program sebegini wajar dibuat ialah kerana EV adalah perkara baharu dan pastinya usaha yang lebih diperlukan bagi menarik perhatian pelanggan.

Perkara pokok ialah pengeluar dan industri perlu terlebih dahulu membina keyakinan sebelum ke langkah seterusnya iaitu menjual.

 

VW e-Golf

 

Selain daripada teknologi tanpa bahan bakar, e-Golf sebagai kenderaan sifar emisi dikecualikan cas Kesesakan dan Zon Emisi Sangat Rendah di UK dan menikmati cukai jalan pada kadar £0.

Kos penggunaan pula ternyata lebih rendah daripada kereta yang berkuasakan enjin petrol dan diesel.

EV hari ini pula tidak kelihatan janggal, e-Golf ini kelihatan sama sahaja seperti Golf biasa cuma ia dibekalkan dengan nadi kuasa elektrik. 

Program pandu uji 48 jam ini turut dibuat supaya pengguna dapat merasai betapa mudah untuk e-Golf disesuaikan dengan gaya hidup mereka.

 

VW e-Golf.03

 

Penulis yakin pengalaman yang diberi pasti menyeronokkan dan dapat membuka mata ramai tentang faedah memiliki EV.

Di UK, VW e-Golf dipasarkan pada harga £30,340 (RM160,333). Model ini boleh dipandu sejauh 231.746 kilometer (WLTP) dengan motor elektrik membekalkan kuasa sehingga 136 PS dan tork 532.8 Nm.

Berbeza dengan enjin konvesional, tenaga tersebut boleh dirasai secara serta-merta.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*£1 = RM5.28

 

VW e-Golf

 

Berita Berkenaan

Uncategorized
  Pelanggan ditawarkan dua jenis bateri iaitu 79 kilowatt-jam (kWj) atau 86 kWj. Dari segi…
Berita Global
   Volkswagen ID.3 GTX Hatchback elektrik ini ditawarkan di dalam dua varian iaitu ID.3 GTX dan…
Berita Global
Hot hatch pacuan semua roda itu dilihat memakai pelekat samaran dengan corak peringatan '50 years…