Tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen antara yang ditahan di Lebuhraya Persekutuan, pagi tadi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu operasi yang dijalankan oleh pihak polis, seramai 70 penunggang motosikal telah disaman atas pelbagai kesalahan di Lebuhraya Persekutuan pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superitendan Azman Shari'at berkata, daripada 225 penunggang motosikal yang diperiksa, 70 daripadanya melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. 

Operasi advokasi sempena Op Selamat 15 yang bermula pada jam 7 hingga 9 pagi itu dijalankan berdekatan bekas tapak plaza tol Batu Tiga menghala ke Kuala Lumpur.
 


“Sebanyak 225 motosikal dikesan melalui jalan utama lebuh raya dan operasi pada hari ini adalah untuk memberikan nasihat serta peringatan kepada penunggang motosikal agar tidak melalui jalan utama sebaliknya gunakan laluan motosikal yang disediakan.

“Walaupun tiada saman dikeluarkan atas kesalahan melalui jalan utama, kita tetap mengeluarkan 70 saman kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki lesen serta nombor plat tidak mengikut spesifikasi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi advokasi sempena Op Selamat 15, di sini, hari ini.

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video…
Berita Domestik
Ini susulan polis telah mengklasifikasikan semula kes mengikut 302 Kanun Keseksaan yang…