Tidak memakai topi keledar - guru, ibu bapa antara 91 yang disaman di Melaka

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seramai 91 ibu bapa termasuk seorang guru dan anggota polis disaman atas kesalahan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal menghantar anak masing-masing ke sekolah dalam Op Didik di lima buah sekolah di sini sejak kelmarin.

Dalam operasi bermula pukul 6.30 pagi itu, turut disaman ialah seramai 103 pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun yang menunggang dan membonceng motosikal atas kesalahan sama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, operasi itu pertama kali dijalankan pada Selasa lalu di kawasan berdekatan tiga buah sekolah kebangsaan di Paya Rumput, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput dan SMK Bukit Katil di sini hari ini.

“Sepanjang operasi selama tiga hari ini, seramai 194 penunggang dan pembonceng terdiri daripada ibu bapa dan pelajar telah disaman kerana tidak memakai topi keledar. Kita tidak berkompromi tentang perkara ini sekali pun membabitkan guru serta anggota sendiri.

“Jumlah keseluruhan saman Op Didik dikeluarkan setakat ini adalah 216 termasuk beberapa kesalahan lain iaitu tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, menggunakan alat telekomunikasi, langgar lampu isyarat dan tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM),” katanya ketika ditemui di SMK Bukit Katil di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, rata-rata ibu bapa memberikan alasan jarak antara rumah dan sekolah anak masing-masing adalah dekat dan mengambil mudah kepentingan topi keledar.

“Malah ada ibu bapa yang mementingkan keselamatan diri sendiri dengan hanya membiarkan diri mereka sahaja yang memakai topi keledar dan anak-anak tidak dipakaikan,” katanya.

Katanya, pada Op Didik tersebut pihaknya turut menyita sebuah motosikal jenis Yamaha 125z yang ditunggang seorang pelajar lelaki dipercayai menggunakan LKM palsu. – K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Domestik
"Memang tindakan (u-turn lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham…
Berita Domestik
Mungkin kisah yang terjadi pada seorang individu ini dapat menjadi pengajaran untuk bakal pembeli…