Tidak hormati undang-undang - JPJ, PDRM perlu hentikan pemberian diskaun saman!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menghentikan pemberian diskaun saman kepada mereka yang melakukan kesalahan trafik.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, dengan amalan pemberian diskaun ini, seterusnya akan menyebabkan pengguna jalan raya tidak menghormati undang-undang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, amalan pemberian diskaun saman trafik itu juga bukan perkara yang baik.

"Malaysia satunya negara (yang memberikan diskaun). Saya tak pernah dengar negara lain memberi diskaun saman. Tidak ada. Negara jiran kita pun tiada. Singapura ada ke? Singapura tidak ada.

"Kita (sepatutnya) tak boleh gunakan alasan beri diskaun supaya kita nak orang bayar saman. Bila kita sebut sedemikian, ia seolah-olah memberikan mesej anda mahu duit mereka.

"Maklumat ini telah dihadam oleh orang ramai. Akhirnya undang-undang tidak dihormati," katanya kepada Harian Metro pada Rabu.

Sebelum ini dilaporkan, sebanyak RM52.772 juta saman aktif tertunggak kenderaan perdagangan membabitkan pelbagai kesalahan dikesan masih belum dilunaskan pesalah dan syarikat kenderaan perdagangan sejak 2018.

Pengarah Penguatkuasa Kanan JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, sebanyak 175,909 saman masih aktif dan tertunggak membabitkan pemilik syarikat kenderaan perdagangan di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Teik Hua berkata, Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara) juga seharusnya ditingkatkan tahap efisiennya.

"Jika sistem ini diaktifkan, kalau anda banyak buat kesalahan, lesen anda akan dibekukan.

"Yang kedua ialah sistem pengkalan data JPJ dan polis perlu dikongsi. Mereka tidak boleh menguruskannya secara berasingan. Apabila mereka menguruskan secara berasingan, ia akan melemahkan kesan atau impak Sistem Kejara.

"Bagi mereka mendapat maklumat yang terkini berkaitan kesalahan trafik, pengkalan data ini mesti diselaraskan. Saya rasa ini salah satu cara efisien bagi menyelesaikan masalah (mereka yang tak bayar saman). Kalau tidak, semua orang tak takut," katanya.

Pengguna jalan raya, Mohd Nazirul Hisham, 34, pula mendakwa kenderaan perdagangan seperti lori dan treler sejak akhir-ini banyak yang melanggar undang-undang.

"Ia berkemungkinan disebabkan penguatkuasaan kita yang kelihatan longgar walaupun pelbagai kompaun atau saman telah dikeluarkan," katanya.

Dia berpandangan, kerajaan perlu memperketatkan lagi undang-undang dari segi hukuman yang dikenakan seperti menggantung lesen memandu sekiranya mereka gagal menjelaskan saman dalam satu tempoh masa.

"Pada masa yang sama, saya juga amat berharap agar pihak penguatkuasa kita dapat memberikan larangan kepada kenderaan perdagangan ini daripada menggunakan jalan raya utama khususnya pada waktu kemuncak.

"Ini adalah untuk menjamin keselamatan kepada penguna lain terutamanya bagi mereka yang keluar dan pulang ke rumah bagi urusan pekerjaan," katanya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, tindakan tiga lelaki berusia antara 52 hingga 54 tahun itu terbongkar melalui…
Berita Domestik
Menurutnya, rata-rata mereka tinggal di sekitar Balok dalam tempoh empat bulan hingga 18 tahun dan…
Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…