Tidak boleh bayar tol, Touch 'n Go diarah tukar nama kad Visa elak kekeliruan

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Touch 'n Go disaran supaya menukar nama kad Visa TnG yang dilancarkan baru-baru ini supaya tidak mengelirukan pengguna, memandangkan ia sangat sinonim dengan sistem pembayaran tol, menurut laporan terkini daripada Bernama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihak TnG perlu menjelaskan kepada pengguna bahawa kad prabayar Visa TnG itu hanya boleh digunakan untuk tujuan pembelian barang dan perkhidmatan serta pengeluaran wang.

"Kad ini tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena sesi libat urus berkenaan iaitu antara permasalahan yang diutarakan pada sesi itu ialah isu berkaitan penggunaan kad Visa TnG terutama bagi pembayaran tol.

Selain daripada itu, pihak TnG juga telah diarahkan untuk memberikan peringatan awal kepada pengguna berhubung tempoh kad yang akan luput, menambah dan mempercepatkan proses pemindahan baki, serta menambah pusat jualan kad dan perkhidmatan sedia ada.

Penyedia platform perniagaan dalam talian juga akan diminta untuk menurunkan iklan jualan kad TnG oleh pihak ketiga yang tidak mendapat kebenaran.

"Pihak TnG juga diberi masa satu minggu untuk hasilkan pelan tindakan susulan seterusnya," katanya.

Mana-mana pihak yang menjual kad TnG melebihi harga yang ditetapkan oleh pengeluar akan diambil tindakan di bawah kta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, jelasnya lagi.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Touch ’n Go dan PSKLM turut bekerjasama bersama MHA dan PLUS untuk menjalankan inisiatif unik itu…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Operasi TNGD, Alan Ni, berkata langkah itu diambil bagi mengekang pengeluaran wang…
Berita Domestik
Rumah untuk Kanak-Kanak oleh Rumah Charis merupakan rumah perlindungan 22 gadis daripada latar…