"Tak bubar" - Nissan sanggah spekulasi berpisah daripada Pakatan Renault

oleh Muhammad Md Tajudin|
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai spekulasi media antarabangsa tentang pendirian Nissan terhadap Pakatan (Alliance). Persoalannya, adakah Nissan mahu berundur dari Pakatan?

Nissan pada 14 Januari lalu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sama sekali tidak mempertimbangkan untuk membubarkan Pakatan. 

Mengukuhkan penafian tersebut ialah apabila Nissan, Renault dan Mitsubishi Motors telah menubuhkan Lembaga Operasi Pakatan (AOB) pada Mac 2019 sebagai asas untuk penambahbaikan berterusan dan kejayaan masa hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Alliance

AOB yang mengadakan mesyuarat secara bulanan adalah badan tunggal yang mengawasi operasi dan tadbir urus dalam Pakatan.

Pada November tahun lalu, ahli AOB semuanya bersetuju dengan program untuk meningkatkan dan mempercepatkan kecekapan operasi Pakatan bagi manfaat syarikat anggota. 

Turut dipersetujui ialah pelan tindakan untuk memaksimumkan sumbangan Pakatan kepada pelan strategik dan keuntungan operasi setiap anggota pakatan. 

 

Renault

 

Nissan turut memperakui bahawa Pakatan adalah sumber kepada daya saing syarikat.

Untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dan menguntungkan, Nissan melalui Pakatan akan terus berusaha bagi menghasilkan keputusan menang-menang untuk kesemua ahli di dalam Pakatan.

Jelas di sini bahawa Nissan bukan setakat memperakui malah komited untuk terus menjayakan Pakatan yang kini memasuki tahun ke-21.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…