'Tidak ada satu unit Cullinan yang sama spesifikasi' - CEO Rolls-Royce

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan harga jualan yang bermula dari $325 ribu (RM1.3 juta mengikut kadar pertukaran matawang semasa), Rolls-Royce Cullinan sememangnya mainan golongan yang tidak tahu ke mana lagi harus mereka belanjakan wang simpanan kaya dan ternama. 

Apatah lagi Rolls-Royce menawarkan pelbagai pilihan kustom yang unik, dengan syarat anda bersedia untuk melaburkan lagi duit anda. 

Sebut sahaja apa yang anda mahu, ruangan penyejuk arak, kemasan trim kabin paling mahal, hiasan bonet Spirit of Ecstasy dengan salutan emas 9 karat? Semuanya Rolls-Royce mampu sediakan. 
 


Tidak menghairankan apabila hampir kesemua unit SUV Cullinan yang keluar daripada barisan produksi Rolls-Royce tidak mempunyai sebarang persamaan antara satu sama lain. 

Hal ini diakui oleh CEO Rolls-Royce, Torsten Muller-Otvos ketika mengumumkan jumlah jualan yang diperoleh untuk tahun 2018.

Begitu juga dengan model sedan paling premium Phantom, dengan harga jualan bermula dari $450 ribu (RM1.8 juta) dan 99% daripada unit yang terjual sudah menjalani proses kustom mengikut kehendak pelanggan. 

Ini bermakna, hampir tidak ada satu pun unit Rolls-Royce yang memiliki spesifikasi standard kilang!
 


Dengan 4,107 buah kenderaan yang diedarkan kepada lebih 50 buah negara di selurh dunia, 2018 merupakan antara tahun terbaik bagi Rolls-Royce, dengan pasaran terbesar masih lagi dipegang oleh Amerika Syarikat. 

Walaupun model paling laris di US disandang oleh model Dawn, adalah dijangka bahawa SUV Cullinan bakal memintas rekod tersebut, memandangkan SUV itu merangkumi 20% daripada jumlah keseluruhan jualan 2018.  
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Semasa membentangkan fakta berkenaan model baharu Alphard dan Vellfire tempoh hari, Ketua Pegawai…
Berita Global
Di Malaysia, Rolls-Royce Cullinan yang gagah perkasa itu memiliki tanda harga bermula dari RM1.8…
Berita Global
Namun, menerusi satu video ringkas yang dimuatnaik dalam Facebook, Rolls-Royce mahu membuktikan…