Menerusi laporan dari The Malaysia Insight sebentar tadi, pengujian 'kereta terbang’ yang sepatutnya dipandu uji penerbangannya oleh Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Yusof esok tidak mendapat kelulusan daripada Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Lembaga itu dalam satu kenyataan berkata ia tidak memberi kebenaran kepada sistem pesawat tanpa pemandu jenis E-Hang 216 (EH216) daripada dipandu uji esok di Hangar UNIKL MIAT Subang.
Dengan itu tiada sesi penerbangan kereta terbang akan berlangsung esok.
Sumber: The Malaysia Insight