Tiada tanah runtuh di Lebuhraya Karak!

oleh SALINA JALIL|
tangkap layar video tular mendakwa berlaku tanah runtuh di Lebuhraya Karak
Polis menafikan berlaku kejadian tanah runtuh di Kilometer (KM) 68 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur yang menyebabkan kenderaan terkandas dan berlaku kesesakan teruk, seperti tular di media sosial malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, laluan berkenaan dilimpahi air susulan hujan lebat.

 

Menurutnya, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian pada 7.40 malam.

 

"Sepasukan polis ke lokasi mendapati tiada tanah runtuh tetapi berlaku limpahan air di lokasi berkenaan.

"Ketika ini, laluan sudah boleh dilalui semua kenderaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.

 

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi 19 saat menunjukkan kesesakan teruk di Lebuhraya Karak.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  "Selain itu, di KM 75.1 hala Kuala Lumpur dilanda banjir dan hanya boleh dilalui kenderaan berat…
Informasi
  "Saya mengesahkan kejadian. Di kilometer yang dikongsikan pengguna di Facebook. Apa-apa…
Berita Domestik
Sekatan jalan raya (SJR) tersebut diadakan di kedua-dua arah bagi memantau dan mengawal kemasukan…