"Tiada siapa pakai, jadi saya ambil dan jual" - lelaki di China ditahan kerana curi jalanraya

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang lelaki di timur China baru-baru ini telah mencuri 800 meter jalanraya konkrit.

Menurut media di China, lelaki itu mencuri jalanraya itu pada waktu malam. Kejadian tersebut disedari oleh penduduk kampung Sankeshu di wilayah Jiangsu yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis.

Menurut laporan South China Morning Post, penduduk kampung pada mulanya beranggapan bahawa jalan itu sedang diperbaiki.

 

Hasil siasatan pihak polis kemudiannya mendapat seorang lelaki bernama Zhu telah mengorek keluar jalanraya itu dan menghantar ketulan konkrit itu ke sebuah kilang batu dengan menggunakan lori-lori.

Zhu menjual ketulan konkrit itu kepada kilang tersebut.

"Tiada siapa yang gunakan jalanraya itu. Baik saya korek dan jual untuk dapatkan duit," kata beliau menurut laporan media tersebut.

Zhu menambah bahawa mengorek konkrit itu ialah satu "peluang perniagaan" kepadanya dan berkata sebuah jalanraya baharu telah pun dibina berdekatan dengan lokasi kejadian, menjadikan jalanraya yang dicuri itu tidak lagi berguna.

 

 

Zhu telah mengorek dan menjual sebanyak 500 tan ketulan konkrit dari jalanraya itu dan dibeli oleh kilang batu pada harga RM3,100.

Kejadian itu meletuskan ledakan komen-komen antara netizen di negara besar itu. Ramai yang berkata kemiskinan mendorong Zhu untuk menjadi kreatif. Ada yang berkata hukuman terbaik ialah untuk beliau membaiki semula jalanraya itu.

Pada pendapat Careta, inilah masa paling sesuai untuk menggunakan ungkapan popular di Malaysia - Ingat jalan ini bapak kau yang punya?

*Gambar-gambar dari Webo China

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Ia kerana insentif dan stesen pengecasan yang meluas telah mempengaruhi lebih ramai pelanggan,…
Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…