Tiada rancangan mansuh subsidi minyak petrol, diesel setakat ini - Salahuddin

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak petrol dan diesel serta tidak bercadang memansuhkannya dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setakat ini, pendirian kerajaan tetap dengan keputusan itu.

"Setakat ini, sikap kerajaan masih lagi mengekalkan subsidi minyak petrol dan diesel sehinggalah kerajaan membuat satu keputusan... kita mungkin laksanakan subsidi secara bersasar," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di Kipmall, Tampok di Johor Bahru pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai jangkaan pakar ekonomi berkaitan kemungkinan Kerajaan Perpaduan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak petrol dan diesel dalam pembentangan Belanjawan 2023 sekali gus menggantikan ia dengan sistem bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Berkenaan ReDI, Ahli Parlimen Pulai itu berkata pihaknya merancang untuk melaksanakan lima program di lokasi tumpuan ramai seperti Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Sabah dan Sarawak.

"Sehingga 31 Dis tahun lepas, sebanyak 8,479 peniaga luar bandar telah beralih ke medium digital dan kini ia diperluaskan lagi di negeri Johor dengan menyasarkan keseluruhan 233 peniaga Kipmall dan 120 peniaga di Pasar Awam Perling," katanya.

Sebelum ini, program ReDI, yang mengurangkan kebergantungan terhadap wang tunai serta memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga, berjaya dilaksanakan secara rintis antaranya di Putrajaya, Hulu Terengganu, Pulau Pangkor serta Labuan pada tahun lepas.

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sistem apungan terurus lazim digunakan dalam persekitaran kewangan antarabangsa, dengan bank pusat…
Berita Domestik
Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada jam 9.…
Berita Domestik
“Model subsidi yang akan dilaksanakan ialah model pemindahan subsidi kepada kumpulan sasar.…