Tiada pemandu kedua, 5 bas ekspres di saman

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari facebook JPJ Pulau Pinang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook menyatakan bahawa adalah satu kesalahan sekiranya tiada pemandu kedua bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau selama empat jam secara berterusan.


Dalam satu operasi penguatkuasaan berhampiran Plaza Tol Juru, di Seberang Perai, Rabu lalu, lima buah bas ekspres telah dikenakan saman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Operasi tersebut yang menyasarkan bas ekspres telah berlangsung selama enam jam bermula kira-kira pukul 11 malam Rabu lalu.


Tujuan penguatkuasaan dijalankan adalah untuk memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam terutamanya bas ekspres mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.


Operasi tersebut diadakan dari masa ke semasa bagi memastikan bas dalam keadaan baik dan selamat digunakan, pemandu mempunyai lesen memandu dan lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam ( PSV ) yang sah serta pengusaha bas menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan bas jauh atau lama menerusi pemeriksaan buku log pemandu.


Dalam pada itu, tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemandu serta pemilik yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

 

 

Kosmo
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kesalahan lain dikesan tiada lesen memandu, tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta…
Berita Domestik
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Datuk Adenan Md. Isa berkata, sehubungan…
Berita Domestik
  “Tiada lesen memandu masih mendominasi dalam kalangan pemandu di negeri ini dan alasan sama…