Tiada nombor pendaftaran sah, Batmobile disita di Russia

oleh Mohamad Hanif|
Tindakan berani seorang lelaki yang dipercayai pemilik Batmobile di Russia bersiar-siar pada waktu malam membawa padah apabila jentera replika itu ditahan dan disita oleh pihak berkuasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kenderaan replika itu didapati tidak memiliki sebarang kelulusan untuk digunakan di atas jalan raya, selain tidak mempunyai nombor pendaftaran yang sah. 
 


Pemandu Batmobile yang berusia 32 tahun itu turut didapati melanggar beberapa peraturan trafik yang telah ditetapkan, dan hasilnya kenderaan yang diimport itu disita pada malam kejadian.

Berdasarkan pencarian ringkas, Tumbler yang dipaparkan ini pernah dijual pada harga mencecah $844,000 (RM3.6 juta), diimport dari Amerika Syarikat dan dikuasakan oleh enjin V8 5.0 liter menghasilkan 502 kuasa kuda yang memacu roda belakang. 
 


Ia juga turut dilengkapi pelbagai aksesori menarik seperti tingkap kalis peluru, sistem pengimejan haba, kamera penglihatan malam dan mesingan palsu. 

Disebabkan terlalu berat, Tumbler ini hanya mampu mencapai kelajuan tertinggi 100 km/j sahaja, walaupun dengan nadi yang berkuasa. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tempahan rasmi sudah pun dibuka hari ini (24 Februari).   The Original Batmobile ini merupakan…
Berita Domestik
Terdapat sehingga empat Batmobile yang boleh dikumpulkan, di mana setiap satu dijual berasingan…
Berita Global
Menurut Department of Justice, individu bernama Ryan Sheridan yang memiliki Braking Point Recovery…