Tiada masa untuk memandu, pengasas WhatsApp mahu jual 10 buah Porsche!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak mengejutkan apabila insan-insan yang berjaya dan mempunyai kerjaya yang stabil seperti pengasas aplikasi permesejan WhatsApp ini memiliki koleksi kereta sports yang sangat banyak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, apabila masa mencemburui karier beliau, Jan Koum terpaksa mengakui yang beliau sendiri tiada masa untuk memandu kesemua 10 unit Porsche yang dimiliki. 

Jan membuat keputusan untuk menjual kesemua unit Porsche yang beliau miliki menerusi acara bidaan Gooding & Company yang akan berlangsung di Amelia Island, Florida pada 8 Mac ini

Berikut antara koleksi Porsche yang bakal dilepaskan tidak lama lagi:

 

1. Porsche 964 Carrera RS (1992)


Sebanyak 1910 unit sahaja dihasilkan

 

2. Porsche 964 Carrera RS 3.8 (1993)


Sebanyak 55 unit sahaja dihasilkan
 


3. Porsche 993 Carrera RS 3.8 (1995)


Antara unit terakhir yang memakai enjin sejukan udara Carrera RS
 


4. Porsche 997 GT3 RS 3.6 (2008)


Spesifikasi Amerika Utara, 53 unit terhad
 


5. Porsche 997 GT3 RS 3.8 (2010)


 

6. Porsche 997 GT3 RS 4.0 (2011)


600 unit sahaja dihasilkan, unit ini tampil dengan sistem brek seramik karbon, kemasan dua tona bahagian dalam, kerusi sport adaptif
 


7. Porsche 997 GT2 RS (2011)


500 unit terbina, fender daripada gentian karbon
 


8. Porsche 918 Spyder Weissach (2015)


kereta ini memiliki jarak perbatuan sangat rendah, 32 km sahaja!
 


9. Porsche Cayman GT4 (2016)


sistem brek seramik karbon, tempat duduk gentian karbon, bateri ultra-ringan, pilihan untuk membuang sistem radio
 


10. Porsche 911 R (2016)


salah sebuah unit daripada 991 unit yang dibina oleh Porsche

Sumber: Petrolicious