Tiada letupan yang disebabkan oleh bateri hibrid (48v) X90 - PROTON

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Proton telah mengeluarkan kenyataan bahawa X90 yang terbakar dalam video tular baru-baru ini kini berada dalam simpanannya untuk siasatan mencari punca sebenar kebakaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Proton, pasukannya kini sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menentukan punca kejadian.

Proton turut menjelaskan bahawa tiada letupan yang disebabkan oleh bateri pada sistem hibrid ringan 48V itu, jadi punca kebakaran bukanlah disebabkan oleh sistem tersebut.

Sedar akan kebimbangan orang ramai, Proton memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif di mana siasatan masih dijalankan.

Proton menegaskan bahawa kualiti dan keselamatan adalah paling utama, di mana kenderaan mereka dibangunkan untuk memenuhi piawaian tertinggi dengan setiap unit menjalani pemeriksaan kualiti dan keselamatan yang ketat sebelum dihantar kepada pelanggan.

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan pusat R&D PROTON (China) di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…