Tiada lagi transmisi manual buat model keluaran Audi pasaran Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Transmisi manual sudah menjadi suatu ciri yang semakin asing apabila tidak banyak pengeluar yang sudah menawarkan kotak gear ini pada penawaran kenderaan mereka dan beralih kepada gear automatik dan klac berkembar yang lebih popular.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Audi mengesahkan mereka tidak akan menawarkan lagi transmisi manual untuk kenderaan yang dijual di pasaran Amerika Syarikat, terutama bagi model A4 dan A5 yang hanya akan ditawarkan dalam transmisi automatik bermula 2019.
 


Menurut laporan daripada Car and Driver, sehingga kini terdapat kira-kira lima peratus sahaja pengguna yang menginginkan A4 dengan transmisi manual untuk pasaran US. 

Permintaan yang semakin rendah itu memaksa Audi untuk menarik kembali transmisi manual daripada dijual di pasaran tersebut. 

Audi tidaklah bersendirian di dalam soal ini, memandangkan pengeluar lain seperti Lamborghini tidak lagi menawarkan transmisi tersebut pada model Gallardo, Huracan malah pada SUV Urus, begitu juga jenama Bugatti dan Bentley. 

Namun, pengecualian tersebut diberikan kepada Volkswagen yang kekal menawarkannya pada Golf dan Jetta, malah Porsche telah membangunkan kotak gear manual baharu dengan tujuh nisbah kelajuan pada model 911. 
 


Begitu juga dengan BMW yang masih percaya pada permintaan terhadap transmisi manual pada sesetengah model 2, 3, 4 dan 6 Series dan pada model di bawah lencana M mereka

Berita Berkenaan

Berita Global
Teknologi masa kini yang lebih moden telah melahirkan pelbagai jenis transmisi automatik yang lebih…
Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Global
Ia bukan sahaja membawakan perubahan bersifat kosmetik luar dan dalam, akan tetapi turut membawakan…