Tiada lagi tambang percuma untuk warga asing naik bas Smart Selangor bermula 15 Mac

oleh SALINA JALIL|
Tiada lagi tambang percuma untuk warga asing yang menggunakan perkhidmatan bas Smart Selangor bermula 15 Mac ini.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, tambang sebanyak 90 sen yang dikenakan bukan satu diskriminasi tetapi bagi menampung sebahagian kos pengurusan bas tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, kerajaan negeri menanggung kos pengurusan bas Smart Selangor kira-kira RM50 juta bagi 136 buah melibatkan 43 laluan.

 

“Namun, bagi warganegara masih kekal iaitu tiada tambang akan dikenakan sejak perkhidmatan bas itu bermula pada 2015.

 

“Kita mengutamakan warganegara tempatan yang merupakan pembayar cukai dan sebab itu mengekalkan tiada tambang dikenakan kepada mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis Perasmian Scan To Ride di pejabat Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) Seksyen 14 semalam.

 

Turut hadir, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim dan Pengarah Urusan SSDU Innovation Sdn.Bhd., Dr.Fahmi Ngah.

 

Sementara itu Fahmi berkata, penumpang perlu memuat turun aplikasi Citizen E-Payment (CEPat) di dalam telefon pintar untuk menggunakan khidmat bas Smart Selangor.

 

“Bagi bukan warganegara mereka perlu mempunyai nilai kredit yang cukup di dalam aplikasi CEPat untuk membuat bayaran tambang bas Smart Selangor.

 

“Manakala, bagi warganegara pula, mereka perlu mengimbas kod QR untuk mendapatkan pengesahan identiti sebelum menaiki bas tanpa sebarang bayaran,” jelasnya. 

 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, pada masa ini caj…