Tiada lagi perlumbaan motosikal Pikes Peak tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Awal bulan lalu, dunia permotoran dikejutkan dengan kematian mengejut pelumba dan juara empat kali perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb, Carlin Dunne.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Susulan daripada itu, pihak penganjur Pikes Peak International Hill Climb memutuskan untuk menghentikan perlumbaan motosikal bermula tahun 2020.

Dalam satu kenyataan, mereka mengesahkan berita tersebut bagi memberikan laluan kepada para penganjur untuk mengumpulkan data dan analisis terhadap acara secara keseluruhannya. 

Manakala keputusan berkenaan nasib perlumbaan motosikal hanya akan diputuskan lewat tahun 2020.

Menurut pengerusi Pikes Peak Hillclimb, Tom Osborne berkata, "Motosikal telah menjadi sebahagian daripada acara kami bermula daripada tahun 1916 lagi. 
 


"Daripada 97 tahun acara berlangsung, acara perlumbaan motosikal berlangsung selama 41 tahun dan bagi kami, ini adalah masa yang sesuai untuk menilai kembali setiap aspek di dalam perlumbaan.

Apa yang menarik perhatian, ibu kepada Dunne, Romie Gallardo tidak mahu program tersebut dihentikan serta-merta. 

"Mendiang (Carlin Dunne) menyatakan pendirian bahawa tidak sepatutnya program (perlumbaan motosikal) tersebut dihentikan. 

"Apa yang perlu dilakukan adalah belajar daripada insiden ini, dan mendiang mahukan pihak bertanggungjawab memastikan tahap keselamatan yang dipertingkatkan sebagai langkah berjaga-jaga," ujar beliau lagi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk model Performante terbaharu ini, Lamborghini telah menala kembali enjin 4.0 liter bentangan…
Berita Global
Bentley Continental GT tersebut berjaya memecahkan rekod terpantas dengan catatan masa 10:18.488…
Berita Global
Tahukah anda, jentera manakah yang berjaya memecahkan rekod masa terpantas di dalam Pikes Peak…