Tiada lagi model GR selepas ini - ketua jurutera Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Jika beberapa tahun sebelum ini, Toyota pernah mendapat gelaran kereta orang tua kerana penawaran produk yang terlalu membosankan.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Namun, 'tradisi' itu berjaya dipecahkan kembali dengan kehadiran model-model kereta sports seperti GT86 dan kini dibarisi dengan model GR seperti GR Supra, GR Yaris, GR86 dan GR Corolla.

Jadi, adakah Toyota akan meluaskan lagi penawaran model GR pada masa akan datang? Jawapan yang diterima, agak menyedihkan.
 

GR Supra


Berdasarkan laporan Drive, ketua jurutera pembangunan Toyota GR86 Yasunori Suezawa menegaskan buat masa ini penawaran model GR telah pun lengkap, dan tiada lagi model baharu GR yang sedang dirancang.

Ini bermakna, para peminat dan pencinta kereta Toyota berprestasi tinggi terpaksa berpuas hati dengan penawaran sedia ada.

Walaupun tanpa kehadiran model-model GR yang baharu, Toyota turut merancang untuk memperbanyakkan lagi model-model menggunakan lencana GR Sport.
 

GR Sport


Antara model spesifik yang disebut oleh Suezawa dalam temubual itu termasuklah C-HR, Corolla, serta model Yaris Cross yang baharu sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Terdapat ura-ura model sedan/crossover/SUV Crown juga bakal mendapat talaan GR pada masa akan datang, termasuklah model SUV elektrik bZ4X.

Untuk pasaran Malaysia, UMW Toyota telah pun menjanjikan lebih banyak model-model talaan GR Sport bakal muncul di tanah air menjelang tahun hadapan.

Sumber: Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada 2 Ogos 2024, Toyota memperkenalkan GR Corolla di Amerika Syarikat (AS) dan kini giliran…
Berita Global
  Celoreng Castrol dan aksi dari selekoh ke selekoh menghiburkan. Tahukah anda? Perodua juga…
Berita Global
  Kejaguhan GR Supra GT4 terbukti melalui lebih 500 kemenangan di atas podium di serata dunia…