Tiada lagi enjin pembakaran dalaman, VW mula fokus kepada EV

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen akan mula menghentikan produksi enjin pembakaran dalaman dan memfokuskan kepada penghasilkan sistem pacuan elektrik, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini akan berkuatkuasa bermula daripada tahun 2026 setelah Volkswagen memperkenalkan generasi baharu enjin petrol dan ia menandakan generasi terakhir enjin pembakaran dalaman sebelum VW beralih kepada EV sepenuhnya.

Langkah elektrifikasi model kenderaan Volkswagen sudah pun bermula dengan versi produksi daripada model konsep ID dengan hatchback ID Neo bakal memasuki fasa pemasangan bermula tahun hadapan.
 


Walaubagaimanapun, menurut Michael Jost, ketua pengarah strategi VW, mereka berkemungkinan besar akan terus menghasilkan model kenderaan dengan enjin tradisional memandangkan sesetengah negara membangun masih tidak mempunyai fasiliti pengecasan yang mencukupi.

Langkah tersebut diambil setelah Audi (yang juga bernaung di bawah kumpulan Volkswagen) mengumumkan pelaburan berjumlah $15.8 billion (RM65.82 billion) di dalam sektor EV, digital dan teknologi pemanduan autonomi menjelang akhir tahun 2023.

Pun begitu, Audi masih lagi bergantung kepada platform daripada pengeluar lain dalam membangunkan kenderaan elektrik mereka. 

Sebagai contoh, mereka bekerjasama dengan Porsche menerusi platform Premium Architecture Electrification (PPE Platform) untuk EV segmen besar, manakala untuk segmen entry-level seperti E-Tron hatchback akan menggunapakai platform MEB yang dibangunkan oleh Volkswagen. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Benedetto Vigna yakin bahawa Ferrari boleh terus menjual kereta…
Berita Global
Spesifikasi Kona 2024 untuk jualan global pula bakal didedahkan pada bulan Mac, untuk pasaran Korea…