Ini kerana, kerajaan India mengenakan cukai 100 peratus ke atas kenderaan import yang berharga lebih daripada $40,000 (RM175,320), manakala kenderaan harga bawah $40,000 pula dikenakan cukai sebanyak 60 peratus.
Tambahan pula, India tidak bersedia untuk menawarkan pengecualian cukai melainkan Tesla komited untuk membangunkan fasiliti pemasangan kenderaan di dalam negara tersebut.
Dalam respon kepada soalan di laman mikroblog Twitter, Elon Musk menjawab "Tesla tidak akan membangunkan kilang pemasangan di lokasi di mana kami tidak dibenarkan untuk menjual dan servis kenderaan".
Tesla will not put a manufacturing plant in any location where we are not allowed first to sell & service cars
— Elon Musk (@elonmusk) May 27, 2022
Pada mulanya, Elon merancang untuk membawa masuk kenderaan yang dipasang di China untuk dijual di India.
Namun, menurut Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuhraya India, Nitin Gadkari berkata, "Permintaan kami adalah untuk beliau datang ke India dan memasang kenderaan di sini. Kami tidak mempunyai sebarang masalah.
"Beliau (Elon Musk) amat dialu-alukan di India. Kami tidak mempunyai sebarang masalah, akan tetapi cadangan beliau untuk membawa masuk kenderaan yang dipasang di China untuk dijual di India, ia bukanlah satu perkara yang baik untuk India," jelasnya lagi.
Difahamkan, Elon sebelum ini pernah melahirkan minat untuk menghasilkan kenderaan Tesla di India pada tahun 2020, namun selepas beberapa kali perbincangan, tiada sebarang persetujuan dicapai.
Sumber: Fox Business