Tiada ketetapan penumpang duduk di depan, belakang dalam kenderaan

oleh SALINA JALIL|
Tiada prosedur operasi standard (SOP) khusus berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menetapkan penumpang kereta perlu berada di tempat duduk belakang atau hadapan dalam sesebuah kenderaan.


Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, merujuk satu video yang tular kononnya seorang pemandu kereta dikenakan saman oleh polis kerana membenarkan penumpang berada di tempat duduk bersebelahan pemandu dalam kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau menegaskan, tiada sebarang penetapan untuk penumpang duduk di kerusi belakang atau sebelah pemandu dalam kenderaan, asalkan mereka tinggal di sebuah rumah yang sama.

 

"Semalam, saya lihat satu video tular dan berniat jahat kononnya pemandu disaman kerana membenarkan penumpang duduk di bahagian (tempat duduk) depan (sebelah pemandu) kenderaan.

 

"Saya terus hubungi pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman untuk mendapatkan kepastian, namun dijelaskan video itu adalah berniat jahat," katanya pada sidang media harian semalam.

 

Mengulas lanjut, katanya video berkenaan jelas mahu merosakkan nama baik pasukan polis kerana pemandu yang disaman bukan kerana isterinya duduk di sebelah, sebaliknya kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

 

"Dia diambil tindakan kerana kesalahan itu (menggunakan telefon bimbit semasa memandu), tetapi disebarkan seolah-olah pihak polis tidak menggunakan budi bicara, kejam dan sebagainya.

 

"Banyak perkara diviralkan di media sosial tidak betul. Video berkenaan jelas memfitnah pihak polis dan kita minta Bukit Aman ambil tindakan sewajarnya kepada perakam video dan yang menyebarkan kerana ia memburukkan imej polis," katanya lagi.

 

Terdahulu, polis Melaka membuat laporan berhubung video tular dimuat naik pemilik akaun Facebook Eric Chia yang didakwa mengelirukan dan mencalarkan imej PDRM.

 

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri, dilaporkan berkata, video berdurasi 30 saat itu tular sejak semalam dengan maklumat yang diputar belit sehingga mencetuskan kemarahan netizen terhadap PDRM.

 

Video itu memaparkan seorang pemandu lelaki mempertikaikan tindakan anggota polis mengeluarkan saman terhadapnya dalam sekatan jalan raya di Jalan Dato Md Zain di sini pada pukul 11.08 pagi semalam.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…
Berita Domestik
Pemangku Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata pemuda tempatan…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…