Tiada enjin mild-hibrid buat Golf GTI Mk8 2020

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Volkswagen Golf, identiti hot hatch yang digilai ramai kini dikhabarkan bakal menerima generasi kelapan tidak lama lagi berdasarkan sebuah gambar intipan yang tersebar tidak lama sebelum ini. 

Namun begitu, Volkswagen dikatakan akan mengenepikan plan untuk menggunakan trenkuasa mild-hibrid EA888 2.0 liter turbo untuk dipasangkan pada varian Golf GTI seperti yang dirancang sebelum ini. 

Menurut laporan daripada Autocar, Volkswagen Golf GTI 2020 masih kekal dengan nadi enjin empat silinder 2.0 liter berkuasa turbo dengan dua output kuasa 252 hp dan 286 hp. 

Versi lebih berkuasa (286 hp) bakal memakai lencana TCR bagi menggantikan moniker Performance yang digunakan oleh model semasa. 
 


Teknologi mild-hibrid yang disebut-sebut itu bakal dilengkapkan pada barisan penawaran Golf Mk8 akan datang, terdiri daripada enjin 1.5 liter TSI dan 2.0 liter TDI, dan dibantu oleh sebuah motor elektrik dan sistem elektrik berkuasa 48V. 

Volkswagen Golf Mk8 dibangunkan berdasarkan platform MQB yang dibina semula dan masih mengekalkan sistem suspensi MacPherson dan multilink di bahagian belakang. 

Namun, menurut Volkswagen, mereka ingin menambah baik sistem stereng elekctro-mechanical Golf GTI Mk8 supaya ia memberikan respons pemanduan yang lebih terus kepada pemandu. 
 


Volkswagen Golf Mk8 akan diperkenalkan kepada umum menjelang musim panas ini, diikuti dengan pelancaran rasmi di Frankurt Motor Show pada bulan September akan datang. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dari imej dalaman model tersebut menunjukkan suis Golf daripada sistem infotainmen yang…
Berita Global
Ini kerana berdasarkan laporan terdahulu, Volkswagen akan menjelmakan Golf generasi ke-9 (Golf Mk9…
Berita Global
Volkswagen Golf Mk9 (generasi kesembilan) akan menjadi model VW pertama yang dibangun menggunakan…