Tiada caj bawa pulang kereta tersadai dari Thailand bermula 1 Jun

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: MalaysiaGazette
Kerajaan Thailand membenarkan rakyat Malaysia membawa balik kenderaan yang mereka tinggalkan di negara berkenaan bermula 1 Jun depan tanpa dikenakan sebarang denda atau caj.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff selepas satu mesyuarat bersama pihak berkuasa Thailand yang diadakan semalam.

"Bermula pada 1 Jun sehingga 30 Jun, kerajaan Thailand bagi ruang supaya kenderaan tersadai di Thailand dibawa balik ke Malaysia, tanpa caj.

"Peluang ini diberikan selama satu bulan. Saya harap, rakyat Malaysia yang semasa PKP (perintah kawalan pergerakan) tak dapat bawa pulang kenderaan, boleh ambil tindakan ambil kenderaan balik tanpa caj," katanya.

Menurut Siti Zailah, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat membabitkan 13 agensi berkaitan sempadan, termasuk pihak berkuasa Thailand.

Tambahnya, kerajaan Thailand biasanya mengenakan caj parkir RM100 sehari ke atas kenderaan yang tersadai di negara itu.

Sebelum ini, sebahagian rakyat Malaysia terpaksa meninggalkan kenderaan mereka sewaktu penutupan sempadan negara kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).

Siti Zailah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berkata, pengecualian caj parkir bagi kenderaan Malaysia yang tersadai sepanjang tempoh lebih dua tahun itu diberikan sekiranya pemilik membawa pulang kenderaan mereka dalam tempoh satu bulan tersebut

Beliau bagaimanapun tidak dapat memaklumkan jumlah kenderaan Malaysia yang tersadai di negara berkenaan.

Namun, isu kereta Malaysia tersadai di negara jiran pernah dibangkitkan sebelum ini.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Kilang tersebut mempunyai kapasiti untuk memasang sebanyak 20,000 unit EV setahun dan ia akan…
Berita Global
Beliau berkata demikian selepas lawatan daripada pegawai ekskutif Tesla ke negara tersebut pada…
Berita Global
Kesemua variasi datang dengan rekaan kabin tunggal yang mampu memuatkan dua orang pada satu-satu…