Tiada arahan suruh warga emas kembalikan lesen memandu - MOT

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak pernah mengeluarkan arahan yang mensyaratkan warga emas berusia lebih 70 tahun untuk mengembalikan lesen memandu kenderaan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ia bukan pendirian kementerian dan tidak berhasrat menukar akta sedia ada berhubung perkara terbabit.

"Ini bukan pendirian MOT dan kita tidak berhajat untuk menukar (syarat) kerana kecekapan bukan berdasarkan faktor umur dan kita lihat banyak faktor lain yang menyebabkan kemalangan itu berlaku.

"Kecekapan (pemanduan) adalah berlainan. Sebagai contoh, Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau boleh memandu jauh lebih baik berbanding individu biasa. Sebab itu tidak boleh ada diskriminasi terhadap individu berusia lebih 70 tahun," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai tindakan kerajaan dalam menangani isu kemalangan di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta syor berkaitan syarat khas lesen memandu warga emas.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…