Theon Design - GBR003 TARGA, warna lembut bawa kuasa dan ngauman enjin 'flat six'

oleh Muhammad Md Tajudin|
Theon Design - GBR003 TARGA
Theon Design - GBR003 TARGA
Theon Design kembali lagi dengan objek seni iaitu projek baik bulih dan ubah suai Porsche 911 dan diberi nama GBR003.

Projek ini istimewa kerana model Targa pertama dari syarikat dan penampilannya lembut dalam warna biru Pastel.

Seperti biasa, badan Targa ditanggalkan sehingga ke besi sebelum dibaik pulih sepenuhnya dengan teliti.

Badan GR003 dibuat dari karbon kecuali pintu besi untuk perlindungan impak sisi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Theon Design - GBR003 TARGA

 

Setiap panel melalui proses pendigitalan dan permodelan di dalam perisian reka bentuk tiga dimensi untuk pemasangan sempurna.

Penggunaan panel karbon dan pengukuhan lantai bawah daripada karbon menyumbang kepada berat 1,228 kilogram (kg) atau hanya 60 kg tambahan daripada model coupé Theon.

Enjin 4.0 liter flat six menghasilkan 403 bhp pada 7,100 rpm dan melepasi angka 100 bhp per liter dan mempunyai tork 434Nm pada 5,500 rpm.

Enjin itu menggunakan badan pendikit berasingan dan bunyi enjin dilaungkan melalui trumpet terbuka.

 

Theon Design - GBR003 TARGA

 

Orkestra flat six dipersembahkan lagi ekzos khas buatan Theon yang disadur seramik. Laungan ekzos bukan setiap masa dan dikawal injap dan hanya beraksi apabila terbuka.

Injap itu boleh dihidupkan secara manual melalui suis dalam kereta dan dibuka secara automatik apabila pedal ditekan kuat ke julat rev.

Enjin dipadan bersama kotak gear manual enam kelajuan yang dibuat mengikut spesifikasi 993 RS. 

 

Theon Design - GBR003 TARGA

 

Kedudukan pedal disusun dengan teliti untuk teknik tumit dan hujung kaki dan bayangkanlah nyanyian dari enjin flat six ini.

Turut membantu dalam tindak balas pendikit ialah roda tenaga tunggal yang juga ringan. 

Theon menggantikan pendawaian asal dengan jenis gred aeroangkasa dan jimat lebih 20 kg. 

Pemampat penyaman udara dan pam stereng elektro-hidraulik baharu ditempatkan di depan dan ke bawah dan membantu dalam mencapai nisbah depan dan belakang 48:52.

 

Theon Design - GBR003 TARGA

 

Nisbah kuasa kepada berat GBR003 ialah 328 bhp per tan atau sama seperti 911 GT3. Tugas menghentikan kereta diberi kepada set brek 993 RS.

Bahagian bawah lantai kereta diperkukuh dengan sistem pendakap gentian karbon yang dibuat khas menggunakan teknologi binaan karbon seperti Formula 1.

Dua tab dihasilkan menggunakan teknik lamina sandwic daripada gentian karbon epoksi prapreg yang dikeraskan dan Nomex Honeycomb gred aeroangkasa.

Tab itu direka terlebih dahulu di dalam perisian CAD supaya dapat dipasang ke lantai casis Targa dengan sempurna.

 

Theon Design - GBR003 TARGA

 

Selepas siap dihasilkan menggunakan mesin CNC lima paksi, tab dipasang pada casis dan dinding sekat (bulkhead) untuk kestabilan pemanduan tertinggi.

Menjalankan tugas ke jalan raya ialah sistem redaman TracTive Active Controlled Electronics (ACE) lima peringkat.

Sistem redaman boleh ubah ditala dengan teliti untuk beraksi dalam pelbagai jenis jalan raya dan semasa bumbung dibuka atau ditutup.

Badan gentian karbon diserlahkan dalam warna biru Pastel dan sepadan dengan angkup brek 993 RS di sebalik rim Fuchs 18 inci dan tayar Michelin Pilot 4S.

 

Theon Design - GBR003 TARGA

 

Bahagian dalam tampil kemas dengan kerusi yang dibalut kulit separa anilina dan corak kerusi Pepita warna kelabu Agate Porsche seperti 911 (992) Sport Classic.

Sistem hiburan terdiri daripada radio Pioneer P99RS dengan amplifier dan enam pembesar suara dari Focal dan dipasang pada pintu.

Subwufer Focal dipasang atau ditanam di dalam kusyen kerusi belakang untuk penjimatan ruang dan prestasi audio yang baik.

 

Theon Design - GBR003 TARGA

 

Bumbung Targa dibuat semula untuk pemasangan yang kemas pada badan 964 dan dibuat daripada mohair dan boleh disimpan dalam beg khas dan diletakkan dalam frunk.

Kepada yang berminat, harga sebuah unit Theon Design bermula daripada 390,000 pound (RM2,339,509) untuk Coupé dan 415,000 pound (RM2,489,477) bagi Targa.

Setiap unit mengambl masa 18 bulan untuk disiapkan dan harga itu tidak termasuk kereta, penghantaran dan cukai setempat.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Theon Design - GBR003 TARGA