The Rock ada masalah besar: tak muat masuk Porsche Taycan!!

oleh Mohamad Hanif|
The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson boleh dikatakan salah satu bintang filem yang kian meningkat naik masa kini setelah membuat keputusan untuk bersara daripada WWF beberapa tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, filem-filem beliau juga laku keras sehingga menobatkan The Rock sebagai salah seorang daripada pelakon yang memiliki pendapatan tertinggi dalam dunia.

Dalam satu perkembangan terbaharu, The Rock dilihat sedang menjalankan penggambaran untuk filem Netflix Red Notice bersama-sama heroin Gal Gadot dan Ryan Reynolds.

Namun disebabkan pandemik COVID-19 yang masih belum reda, proses penggambaran juga tidaklah selancar yang disangka, dan The Rock kini menghadapi satu masalah besar (maaf): tak muat masuk dalam Porsche Taycan!

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by therock (@therock)


Menerusi satu hantaran di dalam Instagram, bintang WWE itu mendedahkan satu masalah yang cukup lawak dan mahal, ini kerana Porsche Taycan itu sebenarnya dibeli sendiri oleh pihak produksi untuk dijadikan sebagai prop di dalam filem tersebut.

Beli mahal-mahal, akan tetapi The Rock yang dikenali memiliki jasad tubuh badan yang besar tidak mampu untuk duduk dengan selesa di dalam Porsche Taycan tersebut, disebabkan dimensi bahu beliau yang lebar.

Namun, isu ini tidak menghalang daripada pihak produksi untuk memikirkan satu sudut yang sesuai dan kreatif bagi 'memuatkan' The Rock di dalam kereta elektrik tersebut.

Ini bukanlah kali pertama Dwayne Johnson menghadapi masalah tidak muat masuk ke dalam kereta.

Kira-kira lima tahun yang lalu, beliau mengadu menghadapi masalah yang serupa dengan jentera Ferrari LaFerrari...

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Salah satu daripada watak yang dimaksudkan ialah Luke Hobbs yang dilakonkan oleh Dwayne The Rock…
Berita Global
Namun begitu, pelakon terkenal Dwayne 'The Rock' Johnson dilaporkan tidak akan menyertai kembali…
Berita Global
Terradyne Gurkha ini telah pun berada di dalam produksi sejak tahun 2011 di mana ia telah pun…