The Grand Tour musim keempat bakal singgah Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Episod akhir The Grand Tour musim ketiga sedikit mengundang sebak di dada apabila pengacara utamanya, Jeremy Clarkson bersama dua rakannya Richard Hammond dan James May mengumumkan penamatan format penggambaran The Grand Tour sedia ada.

Ini bermakna, siri terbaharu The Grand Tour tidak lagi bersiaran dari dalam khemah seperti mana yang biasa dilakukan oleh mereka sejak dari musim pertama lagi. 

Clarkson juga turut berjenaka: "ada sesiapa yang ingin membeli khemah kami?"

Menurut laporan, fasa penggambaran untuk musim keempat akan bermula pada Jun di mana mereka akan memulakan pengembaraan baharu yang lebih menarik dan interaksi yang lebih neutral antara tiga rakan karib tersebut.

Dalam satu temubual bersama The Sun, Clarkson mendedahkan lokasi-lokasi The Grand Tour termasuklah Cambodia, Thailand, Laos, Vietnam, Singapura dan Malaysia!
 


Selain daripada The Grand Tour, populariti ketiga-tiga pengacara tersebut turut memudahkan setiap satu mendapatkan slot masing-masing di Amazon Prime Video. 

Seperti contoh, James May baharu sahaja memulakan penggambaran siri spin-off pertamanya berjudul Our Man in Japan dimana beliau mengembara di Jepun dalam usaha untuk memahami kenapa tanah negara Matahari Terbit ini sungguh unik dan kesannya kepada kehidupan seharian. 

Tidak mustahil suatu hari nanti Jeremy Clarkson dan Richard Hammond bakal mengacarakan siri dokumentari dengan gaya yang tersendiri dan bersahaja. 

 

Malaysia? Wau!

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan BBC, Jeremy Clarkson, Richard Hammond dan James May baru sahaja pulang dari…
Berita Global
Episod istimewa dengan tajuk Eurocrash itu akan disiarkan di Amazon Prime Video pada 16 Jun, dimana…
Berita Global
Kereta yang dimaksudkan adalah BMW 3.0 CSL, di mana Jeremy Clarkson mendedahkan beliau menjual…