Thaipusam: Beberapa jalan di Pulau Pinang ditutup

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Beberapa jalan-jalan utama di Pulau Pinang akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan pedati emas dan pedati perak sempena sambutan Thaipusam yang dijangka dihadiri lebih 1 juta penganut agama Hindu, bermula Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata beberapa jalan di sekitar bandar raya George Town akan ditutup mulai pukul 5 pagi hingga pukul 8 malam Jumaat ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang ramai terpelihara, pihak polis akan menggerakkan 1,289 pegawai dan anggota bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat.

"Perarakan melibatkan dua pedati iaitu pedati emas dan pedati perak. Pedati emas akan bergerak esok pukul 5.30 pagi dari Lebuh Queen ke Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Devasthanam dan akan kembali ke Lebuh Queen pada Jumaat pukul 6 petang.

"Pedati perak pula akan bergerak pada 6.30 pagi esok dari Lebuh Penang ke Kuil Air Terjun dan kembali ke Lebuh Penang pada Jumaat pukul 7 malam," katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Razlam berkata antara laluan yang akan ditutup bagi perarakan kedua-dua pedati adalah Jalan Kebun Bunga dan Jalan Gotterlib yang akan ditutup sepenuhnya, manakala bagi Jalan Utama, Jalan Burma, Jalan Macallister, Jalan Cantoment, Jalan Nunn, Jalan Brown, Jalan Scotland, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Victoria dan beberapa jalan lagi ditutup sementara, bergantung kepada pergerakan pedati.

Katanya orang ramai terutama pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas dan merancang perjalanan mereka bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Sebagai langkah menjaga keselamatan, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak bermain mercun, tidak meminum minuman keras dan tidak memakai barang kemas yang boleh menarik perhatian penjenayah.

"Tahun lepas, sepanjang tiga hari sambutan Thaipusam, lapan kes direkodkan, membabitkan kejadian samun dan curi barang kemas serta beg duit, jadi pengunjung dinasihatkan tidak memakai barang kemas bagi mengelak menjadi mangsa jenayah.

"Pengunjung juga tidak dibenarkan menerbangkan dron sepanjang sambutan itu kecuali telah mendapat permit dan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Penutupan ini untuk memberi laluan kepada kerja meroboh jambatan besi sedia ada dan pembinaan…
Informasi
"Turut ditutup laluan Machang ke Paloh Rawa, laluan Kota Bharu ke Tanah Merah dan simpang Jalan Tok…
Informasi
"Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan…