Thailand tidak akan buka sempadan hingga 2021

oleh HEZERI SAMSURI|
Negara Thailand nampaknya tidak akan membuka pintu-pintu sempadan untuk pelancong antarabangsa sehingga tahun hadapan.

Menurut Timbalan Gabenor bagi Perbadanan Pelancongan Thailand (TAT), Chattan Kunjara Na Ayudhya, tidak ada sebarang garis masa untuk membuka sempadan Thailand (bagi tujuan keluar atau masuk) dibincangkan semasa mesyuarat-mesyuarat mingguan berkaitan Covid-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau menambah bahawa kerajaan Thailand mengambil langkah berhati-hati dalam isu pembukaan sempadan bagi pelancongan dan beliau merasakan ia (sempadan) tidak akan dibuka sehingga tahun 2021.

Chattan berkata demikian sewaktu sidang webinar yang dianjurkan oleh Mekong Tourism dan TravelMole.

"Saya tidak lihat sebarang petanda bahawa sempadan negara akan dibuka tahun ini. Ia akan memberi tekanan yang hebat kepada industri pelancongan Thailand," sambungnya sambil berkata sambutan Hari Krismas dan juga sambutan Tahun Baharu Cina tahun hadapan juga mungkin akan terjejas teruk kerana ketiadaan pelancong luar.

"Bulan lalu, sudah ada perancangan untuk diadakan kelompok pelancong dari beberapa negara tapi rancangan itu tidak lagi dibincangkan kerana wabak Covid-19 yang masih melanda kesemua negara-negara tersebut."

Namun begitu, kumpulan yang dibenarkan masuk kembali ke Thailand kini telah diperluaskan dari diplomat dan pegawai-pegawai Bangsa-Bangsa Bersatu kepada ahli perniagaan, pelabur berdaftar dengan kerajaan, kru filem, pekerja asing, petugas pameran dan pemegang visa Thailand Elite.

Namun begitu mereka masih perlu melalui tempoh kuarantin selama 14 hari.

Thailand juga membuka pintunya untuk pelancongan perubatan. 

Sektor pelancongan adalah antara sektor utama untuk negara tersebut kerana hampir 4 juta pekerja terbabit di dalam industri itu.

Kerajaan Thailand menjangkakan pengangguran di dalam sektor tersebut akan melampaui jumlah 2.5 juta orang kerana tidak dapat beroperasi selama lebih enam bulan akibat pandemik Covid-19.

* Laporan asal dari The Thaiger

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…