Antara permohonan tersebut, China merupakan pemohon paling teratas dengan nilai sebanyak 159.3 bilion baht.
Jumlah keseluruhan pelaburan asing itu menyumbang sebanyak 663.2 bilion baht dan peratusannya meningkat kepada 72 peratus.
Lembaga Pelaburan Thailand mengaitkan kemasukan pelaburan itu adalah kerana faktor seperti isu geopolitik yang mendorong syarikat multinasional untuk memindahkan operasi ke negara Asia Tenggara itu.
Perbalahan dua negara besar iaitu antara Amerika Syarikat dan China juga menjadi salah satu faktor penyumbang.
Singapura berada di tempat kedua dalam permohonan dengan jumlah sebanyak 123.3 bilion baht. A.S, Manakala AS berada di tempat ketiga dengan 83.9 bilion baht, diikuti Jepun dengan 79.1 bilion baht.
Tujuan utama Thailand adalah untuk menarik perniagaan yang terlibat dalam teknologi artificial intelligence (A.i) dan EV yang menyumbang sebahagian besar permohonan pelaburan pada 2023.
Great Wall Motor merupakan pengeluar dari China yang pertama memulakan pembinaan EV di Thailand.
Untuk membaca lanjut dan terperinci, boleh layari pautan yang dikongsikan ini ; NikkeiAsia.