Thailand sekali lagi baham Malaysia - Kia lancar Grand Carnival baharu di Bangkok dahulu!

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama Korea sememangnya hanya popular di Malaysia dan sedikit "sejuk" di negara-negara jiran.

Namun begitu, ini bakal berubah kerana Thailand nampaknya semakin giat memastikan pasaran model-model baharu akan dilancarkan di sana, termasuk dari Korea.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukti pertama ialah model Kia Grand Carnival 2021 yang bakal dilancarkan di Thailand pada 26 November ini.

Menurut laman web Wapcar.my, dipercayai Thailand akan menjadi negara pertama yang akan menerima model panduan sebelah kanan untuk model tersebut.

 

 

Gambar-gambar itu diambil dari Facebook Kia Grand Carnival Club Malaysia dan dipercayai dari Thailand.

Kia Grand Carnival 2021 dilancarkan secara global pada bulan Ogos lalu dan mendapat sambutan hebat dari netizen kerana bentuknya yang menarik.

Ia juga datang dengan enjin diesel 2.2L CRDi yang menjimatkan dan sangat berkuasa.

Grand Carnival baharu ini juga jauh berbeza dari bentuk Carnival generasi pertama yang turut dijual di Malaysia dengan nama Naza Ria.

Ternyata Kia sudah jauh melangkah maju. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di sebalik itu, apakah kayu ukur kejayaan sesebuah pengeluar dalam menawarkan EV kepada…
Informasi
  Di antaranya akibat dari konsolidasi industri pada tahun 80-an, Kia terpaksa menghentikan…
Model Terbaharu
Kia Sportage 2022 tidak kurang hebatnya apabila generasi baharu yang mula diperlihatkan ini tampil…