Thailand pula cadang haramkan mencilok dan hadkan kelajuan untuk superbike

oleh HEZERI SAMSURI|
Thailand nampaknya tidak memberikan fokus kepada motosikal kecil, tetapi memberi penumpuan kepada kemalangan maut akibat motosikal besar.

Semalam Kementerian Pengangkutan Thailand mencadangkan motosikal besar diharamkan dari menyelit (mencilok) dan mereka hanya boleh menunggang pada kelajuan 80 kmsj di kawasan yang ada pembangunan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurut Timbalan Setiausaha Tetap untuk Pengangkutan, Chirute Visalachitra, di bawah undang-undang larangan menyelit  (lane splitting), penunggang motosikal besar tidak dibenarkan menunggang di antara kenderaan dan mereka juga perlu menunggu di belakang kenderaan lain di lampu trafik.

"Mereka juga perlu menunggang di bawah kelajuan 80 kmsj di kawasan urban dan yang berpenghuni," ujarnya.

Kementerian itu juga akan memastikan penunggang motosikal besar akan melalui ujian-ujian khusus untuk lesen menunggang motosikal besar (seperti lesen B-penuh di Malaysia).

Chirute juga menambah pelancong asing bakal diminta untuk menunjukan lesen menunggang motosikal jika mahu menyewa kenderaan itu di Thailand.

Keperluan itu tidak pernah wujud di Thailand sebelum ini dan ramai pelancong asing maut terbabit di dalam kemalangan motosikal di sana.

Tidak ada pengumuman bila undang-undang baharu ini akan diperkenalkan tetapi Chirute yakin ada antaranya akan dimulakan sebelum penghujung tahun ini.

* Laporan asal dari The Bangkok Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…