Thailand pertimbang skim trade-in galakkan pemilikan EV bermula 2021

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Industri Thailand Suriya Jungrungreangkit mahu menjadikan sambutan Tahun Baru lebih meriah dengan penawaran skim pertukaran (trade-in) kereta lama kepada kereta elektrik (EV) sebagai satu cara untuk meningkatkan penjualan kenderaan yang semakin suram akibat wabak pandemik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cadangan ini akan dibentangkan ketika perjumpaan Center for Economic Administration Situation yang bakal berlangsung pada 2 Disember ini.

Skim trade-in yang diperkatakan itu membolehkan pemilik individu membeli kenderaan baharu, terutama kereta elektrik dengan nilai tukar beli sebanyak 100,000 Baht (RM13,468), dengan syarat pemilikan kenderaan lama perlulah melebihi 10 tahun dan ke atas.

Menurut menteri itu lagi, beliau percaya skim trade-in ini bakal memberikan manfaat kepada industri automotif serta perniagaan yang berkaitan.

Langkah yang bakal diperkenalkan ini adalah selari dengan hasrat kerajaan Thailand untuk meningkatkan produksi EV kepada 30 peratus daripada jumlah penghasilan secara keseluruhan menjelang 2030, atau 750,000 unit daripada jumlah keseluruhan 2.5 juta unit.

Dalam pada itu, Suriya turut mendedahkan syarikat Tesla sedang merancang untuk berjumpa sendiri dengan Kementerian Industri bagi membincangkan soal pelaburan teknologi EV dan kenderaan plug-in hybrid di negara tersebut.

Sumber: Bangkok Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…