Thailand pembuka tirai Kejuaraan SuperMoto FIM Asia 2018

oleh Mohamad Hanif|
Kejuaraan SuperMoto FIM Asia kembali lagi dengan litar Nakhonchaisri di Thailand menjadi medan pembuka tirai untuk musim 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dijadualkan berlangsung pada 11-13 Ogos ini, ia bakal menyaksikan kehadiran pelumba-pelumba dari Asia dan Eropah, termasuklah wakil negara Mohammad Khairi Zakaria dan Muhammad Habibullah Saleh berentap bersama nama-nama lain seperti Makoto Arai, Pedro Wuner, Simon Vilhelmsen (pelumba ranking keempat dunia) dan juara bertahan 2017, Lewis Cornish. 

Menurut Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus Global selaku penganjur Kejuaraan SuperMoto FIM Asia, musim 2018 bakal membawakan aksi yang lebih menyeronokkan khas buat para peminat, melihatkan kepada kejayaan yang dicapai menerusi musim tahun lalu. 

Selepas pusingan pembukaan di Thailand, Kejuaraan SuperMoto FIM Asia 2018 akan beralih tempat ke Quirino Grandstand, Manila (7-9 September), pusingan ketiga bakal mengambil tempat di Kota Kupang, Nusa Tenggara Timur Indonesia (26-28 Oktober) sebelum beralih ke Litar KF1 Kranji, Singapura (23-25 November). 

Pusingan terakhir akan diadakan di Malaysia pada 30 November sehingga 2 Disember 2018. 
 


Para peminat kejuaraan ini boleh menyaksikan kesemua pusingan yang disiarkan secara langsung menerusi rakan kongsi saluran OTT, twenty3.tv dan twowheels.tv, manakala maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi di www.supermotoasia.com dan 
www.facebook.com/FIMAsiaSupermoto

Kejohanan FIM Asia SuperMoto 2018 ini dianjurkan oleh E-Plus Global Sdn bhd, dan disahkan oleh Federation Internationale de Motocyclisme (FIM) dengan sokongan daripada 
Persekutuan Kelab Sukan Motor Thailand (FMSCT), Persatuan Keselamatan dan Sukan Motosikal Kebangsaan (NAMSSA), Ikatan Motor Indonesia (IMI), Motor Sports Singapore (MSS) dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau meraih gelaran Juara Keseluruhan bagi kelas Asia dengan 194 mata, menewaskan Mohammad…
Berita Global
Kemunculan pusingan kedua ini di Manila turut menandakan kemunculan kembali kejuaraan ini setelah…