Thailand negara pertama anjur motorshow pasca COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Ibu negara Thailand kini bersedia untuk menganjurkan kembali acara tahunan Bangkok International Motor Show yang telah pun ditangguhkan sebanyak dua kali semenjak Mac disebabkan wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan penganjuran kali pertama acara bertaraf antarabangsa selepas beberapa acara berprestij dari Detroit sehinggalah ke Geneva yang terpaksa dibatalkan atas kebimbangan penularan pandemik coronavirus.

Acara Bangkok International Motor Show yang ke-41 telah pun dibuka kepada umum pada Rabu selepas mencatatkan sifar penularan kes COVID-19 selama tujuh minggu berturut-turut.

Thailand juga telah meringankan kembali sekatan yang dikenakan akibat COVID-19 bagi merancakkan lagi ekonomi negara utama hab produksi kereta Asia Tenggara itu.

 


Penganjur acara Bangkok International Motor Show telah bersetuju untuk mengehadkan kemasukan pengunjung acara di mana 25 pengeluar automotif (termasuk Ford dan Subaru) serta 22 pengeluar motosikal mempamerkan produk mereka.

Setiap pengunjung perlu mengimbas kod QR pada peranti pintar sebelum memasuki dan keluar daripada dewan pameran, di mana setiap booth mempunyai pintu masuk dan keluar yang berasingan.

Malah, staf di booth pameran juga diwajibkan memakai pelitup muka atau pelindung muka sepanjang acara berlangsung bermula 15 Julai sehingga 26 Julai ini.

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Namun kali ini, kita bukan mahu bercerita tentang dua model tersebut, tetapi kita nak menceritakan…
Berita Global
Ketua Pegawai Eksekutif Grand Prix International PCL, dan Pengerusi BIMS ke-45, Dr. Prachin…
Berita Global
Sama seperti varian Wildtrak X yang dilancarkan di Australia pada bulan lalu, Ranger Stormtrak ini…