Thailand mahu jual EV sahaja bermula 2035

oleh Mohamad Hanif|
Negara jiran, Thailand merancang untuk menjual kenderaan elektrik sifar emisi sahaja di negara tersebut bermula tahun 2035.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut penasihat jawatankuasa Kementerian Tenaga, Kawin Thangsupanich menjelaskan, "kita melihat dunia sedang bergerak ke arah itu (kenderaan elektrik),  jadi kami harus mengorak langkah dengan segera.

Tambah beliau lagi, Thailand berazam untuk menjadi sebuah hab produksi kenderaan EV untuk rantau Asia Tenggara disebabkan negara itu sudah pun mempunyai rantaian bekalan yang tersedia.

Sektor automotif merupakan salah satu industri terpenting di Thailand yang menyumbang 10 peratus kepada ekonomi, selain menggajikan kira-kira 850,000 pekerja dan menyokong industri seperti besi dan keluli kepada petrokimia dan plastik.

Separuh daripada kenderaan yang dipasang di Thailand dieksport ke negara-negara termasuklah Filipina, Indonesia dan Malaysia.

 


Melihatkan kepada sasaran yang telah ditetapkan bagi menghentikan penjualan kenderaan berenjin pembakaran dalaman, kerajaan Thailand perlu membantu peralihan tersebut dengan penawaran insentif cukai, pembinaan infrastruktur yang bersesuaian, serta menggariskan regulasi bagi mempromosikan penghasilan kenderaan elektrik, kata Kawin.

Tambahnya lagi, pengguna juga perlu ditawarkan dengan insentif bagi menggalakkan pembelian EV.

Menurut Yossapong Laoonual, pengerusi kehormat Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand berkata, "Jika kita melaksanakan adaptasi EV secara bersahaja, ia sudah pasti akan mengambil masa yang terlalu lama. Sebagai pengeluar pula, mereka perlu menetapkan sasaran untuk memastikan negara ini satu lokasi yang menarik untuk pelaburan.

Menurut data daripada Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand, kenderaan elektrik bateri pada ketika ini hanya merangkumi 1 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan kenderaan di Thailand.

Walaupun pasaran untuk EV agak kecil, namun Thailand mencatatkan peningkatan penjualan kenderaan elektrik sebanyak 1.4 peratus pada tahun 2020, berbanding segmen kenderaan konvensional yang menjunam sebanyak 26 peratus.

Sumber: The Edge

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…