Thailand lancar Yaris, Yaris Ativ facelift - bermula dari RM73 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas pelancaran model facelift sedan Vios di Filipina, tiba giliran Toyota Thailand untuk melancarkan dua model facelift sekaligus, iaitu Yaris hatchback dan juga Yaris Ativ (nama lain bagi Vios).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dari segi penampilan, kedua-dua Yaris dan Yaris Ativ membawakan perubahan yang identikal, terutama di bahagian hadapan dengan bukaan bawah gril yang lebih besar, serta kemasan lampu kabus di bahagian sisi.

Selain daripada ciri lampu utama LED automatik, Yaris dan Yaris Ativ juga membawakan ciri lampu nyalaan siang LED berbentuk L, ciri follow-me-home, serta set rim bersaiz 15 inci rekaan baharu (untuk dua varian teratas).

 


Memasuki ruang dalaman, kedua-dua model ini masih membawakan layout papan pemuka yang sama seperti model terdahulu, termasuk meter Optitron, sistem pendingin hawa automatik, dan skrin sentuh 6.7 inci, hanya dibezakan dengan kehadiran trim perak metalik di bahagian tengah.

Sementara model tertinggi Sport Premium menerima tambahan seperti paparan multi-info 4.2 inci, enam pembesar suara, sistem kemasukan tanpa kunci, slot USB belakang, cermin pandang belakang elektrokromik dan upholsteri kulit.

 


Aspek keselamatan Toyota Safety Sense hanya terdapat untuk varian tertinggi, merangkumi ciri seperti Sistem Pra-Pelanggaran, dan Amaran Keluar Laluan serta Brek Kecemasan Autonomi (AEB) yang melengkapi ciri keselamatan pasif seperti tujuh beg udara, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, ABS, EBD, Bantuan Brek, serta sistem amaran pemakaian tali pinggang keledar.

Dari segi kuasa, kedua-dua Yaris dan Yaris Ativ masih dikuasai dengan enjin 3NR-FE 1.2 liter yang mampu menghasilkan 92 PS dan 109 Nm, dipadankan dengan sistem transmisi Super CVT-i yang memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 4.29 liter/100 km.

 


Antara warna baharu yang ditawarkan adalah Platinum White Pearl dan juga Greyish Blue Metallic, serta dua pakej berasingan untuk Yaris Ativ dan Yaris, iaitu Shadow Package dan Flash Package.

Harga jualan pula bermula dari 549,000 Baht (RM73,302) sehingga 679,000 Baht (RM90,675) untuk Yaris hatchback, manakala model Yaris Ativ pula bermula dari 539,000 Baht (RM71,976) sehingga 674,000 Baht (RM89,998).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…