Thailand kutip fi daripada pelancong asing mulai 1 Jun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kabinet Thailand memutuskan untuk mengutip bayaran antara 150 (RM19.25) dan 300 baht (RM38.45) ke atas setiap pelancong asing bermula 1 Jun bagi membantu membiayai pembangunan dan penyelenggaraan tempat tarikan pelancong serta perlindungan insurans pelancong.


Timbalan Jurucakap Kerajaan Traisulee Traisaranakul berkata 300 baht akan dikutip daripada pelawat yang tiba melalui udara manakala 150 baht daripada pengembara yang masuk melalui sempadan air dan darat.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

 

Mereka yang memegang pasport Thailand, pasport diplomatik, permit kerja dan permit kerja khas (untuk profesional tertentu) serta kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan penumpang transit, dikecualikan daripada bayaran itu.

 

"Selain itu, pelawat yang masuk dan keluar pada hari yang sama juga dikecualikan.

 

"Thailand adalah antara 40 negara di dunia yang mengutip yuran kemasukan daripada pelancong asing. Bagaimanapun, Thailand merupakan negara pertama yang menggunakan kutipan itu untuk manfaat pelancong seperti menyediakan insurans kemalangan dan menaik taraf serta membangunkan destinasi pelancongan.

 

"Bayaran yang dikutip akan digunakan untuk membantu mengembangkan lagi industri pelancongan, insurans untuk pelancong asing sepanjang berada di sini yang bertujuan mempromosi pelancongan selamat," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata Thailand menanggung kos perubatan antara 300 dan 400 juta setiap tahun untuk rawatan pelancong asing di hospital awam.

 

Menteri Pelancongan dan Sukan Pipat Ratchakitprakarn berkata kerajaan dijangka mengumpul kira-kira 3.9 bilion baht tahun ini.

 

Thailand menyemak semula ketibaan pelancong daripada 20 juta kepada lebih 30 juta tahun ini berikutan kemasukan semula pelancong China.

 

Tahun lepas, Thailand menerima 11.15 juta pelancong asing, meningkat daripada hanya kira-kira 428,000 pada tahun sebelumnya berikutan langkah perjalanan COVID-19 yang ketat.

 

 

-- Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Kadar 40 peratus dicadangkan berikutan perbincangan melibatkan kementerian dan GAC Aion New Energy…
Berita Global
Langkah itu melihatkan kesukaran yang dihadapi oleh pengeluar kereta kedua terbesar Jepun itu di…
Berita Global
Menurut laporan South China Morning Post, pengguna itu mendakwa wakil penjual itu memberikan…