Thailand kenakan fi pelancongan 500 baht mulai 2022

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Thailand bakal memperkenalkan fi pelancongan sebanyak 500 baht (RM61.89) mulai tahun hadapan untuk semua pelancong yang melawat ke negara tersebut.

Jumlah asal yang dipersetujui pada awal tahun 2021 ialah 300 baht, tetapi kini meningkat kepada 500 baht kerana pendapatan dari fi itu akan juga digunakan untuk mengubah industri pelancongan Thailand.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Yuthasak Supasorn dari Perbadanan Pelancongan Thailand (TAT), negara itu mahu mengubah dasar pelancongan marhaen yang wujud sekarang ke pelancongan untuk segmen bernilai tinggi dan berteraskan kesedaran alam semula jadi.

Ini bermakna Thailand mahu industri pelancongannya mensasarkan pelancong-pelancong berprofil tinggi dan sekaligus mengangkat status negara itu sebagai pusat pelancongan yang lebih lengkap dan mewah.

"Kami yakin jumlah itu tidak akan membebankan pelancong," ujarnya kepada Bangkok Post.

Selain dari itu, fi pelancongan itu juga akan digunakan untuk membina destinasi pelancongan dan juga insurans untuk pelancong.

TAT dijangka akan menerima 5 billion baht dari fi itu untuk tahun pertama, berdasarkan 10 juta pelancong asing yang bakal kembali ke sana tahun hadapan.

* Laporan asal dari Bangkok Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…