THAILAND DIBUKA SEMULA DALAM EMPAT FASA BERMULA 1 APRIL

oleh Penyumbang Rencana 2|
THAILAND sedang mempertimbang untuk membuka pintu sempadannya kepada pelancong antarabangsa bermula April bagi menghidupkan kembali industri pelancongan negara itu yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Menurut laporan Pusat Pentadbiran Situasi Ekonomi (CESA) Thailand, pembukaan itu akan dibuat secara berperingkat kepada empat fasa dengan meringankan syarat kuarantin dan sekatan perjalanan atau Thailand's Road.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk fasa pertama yang bermula 1 April, tempoh kuarantin bagi pelancong asing yang melakukan perjalanan ke Phuket, Krabi, Phang-nga, Chiang Mai dan Pattaya adalah selama tujuh hari dan  mereka disyaratkan telah divaskin dan memiliki sijil vaksinasi.

Bagi fasa kedua yang bermula 1 Julai, pelancong asing yang ke Phuket dan telah divaksin tidak perlu dikuarantin.

memetik CESA / CCSA

Untuk fasa ini, pelancong yang telah divaksin dan melancong ke Krabi, Phang-nga, Chiang Mai dan Pattaya masih perlu dikuarantin tujuh hari.

Pada fasa ketiga, mulai 1 Oktober, pelancong asing yang akan melancong ke Phuket, Krabi, Phang-nga, Chiang Mai dan Pattaya, yang telah divaksin dan memiliki sijil vaksin, tidak perlu dikuarantin.

turut memetik CESA / CCSA thailand

Pada fasa terakhir bermula 1 Januari 2022 pula, mana-mana pelancong asing yang telah diberi vaksin COVID-19 dan memiliki sijil vaksin boleh memasuki Thailand tanpa langsung perlu dikuarantin.

 

Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar