Thailand cadang turunkan cukai untuk kereta elektrik CKD - harga lebih mampu milik!

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Thailand bercadang menurunkan lagi harga jualan kenderaan elektrik (EV) supaya tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan kereta konvensional, menerusi cara mengurangkan duti import ke atas komponen automotif yang digunakan untuk memasang EV di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Bangkok Post, Office of Industrial Economics telah dilantik untuk menjalankan kajian terhadap opsyen pengurangan cukai dan membentangkan hasil kajian tersebut kepada National Electric Vehicle Policy Committee untuk dipertimbangkan pada bulan ini.

Menurut Menteri Industri Suriya Jungrungreangkit berkata, langkah pengurangan ini diharap dapat membantu meningkatkan permintaan terhadap EV di Thailand, di mana pada ketika ini harga jualannya masih lagi terlalu mahal.

Pada ketika ini, nilai cukai yang dikenakan terhadap komponen automotif adalah sekitar 80 peratus.

 

gambar hiasan: Porsche Taycan


Selain daripada pengurangan cukai terhadap komponen yang diimport, kerajaan Thailand juga sedang mempertimbangkan pilihan untuk mengurangkan cukai terhadap EV yang dipasang secara tempatan (CKD).

Semua ini bagi memastikan julat harga jualan EV adalah lebih berpatutan kepada pengguna, di mana Suriya mengganggarkan harga jualan bermula dari 700,000 baht sehingga 800,000 baht (RM93 ribu - RM106,697).

Di bawah perancangan tersebut, Thailand menganggarkan jumlah penghasilan EV meningkat kepada 750,000 unit, atau 30 peratus daripada jumlah keseluruhan produksi 2.5 juta unit menjelang tahun 2030.

Pihak kerajaan percaya permintaan terhadap EV akan meningkat, seiring dengan perubahan trend pemilikan kenderaan di peringkat global.

Berita Berkenaan

Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…
Berita Global
Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak…