Thailand cadang perkenal caj yuran pelancong bermula Jun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Thailand merancang mula mengutip yuran sebanyak 300 baht (RM39.25) kepada pelancong asing yang tiba di negara tersebut bermula Jun depan, lapor Channel News Asia (CNA).


Difahamkan, yuran tersebut akan digunakan untuk membantu pelancong terbabit dalam kemalangan dan membangunkan destinasi pelancongan.

 

"Yuran ini tidak dikutip daripada warga asing yang mempunyai permit kerja dan pas sempadan," kata Menteri Pelancongan, Phiphat Ratchakitprakarn.

 

Cadangan itu mula dipertimbangkan pada tahun lalu dan tertakluk kepada kelulusan kabinet.

Phiphat berkata, perbelanjaan pelancongan diramal mencecah sekurang-kurangnya 2.38 trilion baht (RM311 bilion) pada tahun ini.

 

Pada tahun 2019, Thailand mengalu-alukan kemasukan 40 juta pelancong di negara tersebut.

 

 

- Agensi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita itu diumumkan sendiri oleh BYD pada acara Bangkok International Motor Show yang ke-44 baru-…
Berita Global
Kemaskini tersebut lebih bersifat kosmetik di mana Toyota mendatangkan beberapa perubahan pada…
Berita Global
Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter…